Wednesday 26 August 2015

KESAN PEPERANGAN BERLAKU

KESAN-KESAN SELEPAS PEPERANGAN BERLAKU

Antara kesan peperangan berlaku adalah:

  1. Harta-benda akan musnah.
  2. Melibatkan ramai nyawa terkorban.
  3. Menyebabkan ramai orang terutamanya kanak-kanak cacat selepas peperangan.
  4. Kebuluran berlaku.
  5. Kadar inflasi meningkat.
  6. Tanaman atau haiwan ternakan akan musnah.
  7. Kemusnahan sesebuah negara.
  8. Menyebabkan sesebuah negara berhutang.
Kesimpulannya, kita haruslah hidup berbaik-baik antara satu sama lain demi kesejahteraan hidup.

Rujukan:

http://www.scribd.com/doc/2403821/Peperangan-yang-berlaku-di-dunia-banyak-membawa-kemusnahan-U6#scribd



PUNCA BERLAKUNYA PEPERANGAN

APAKAH PUNCA BERLAKUNYA PEPERANGAN?

Pada pendapat saya, punca berlakunya peperangan adalah 

kegagalan kepimpinan pemimpin sesebuah negara. Mereka 

telah gagal untuk berunding dengan negara lain dan tidak 

mendapat bersepakatan dengan negara-negara lain. Selain 

itu, peperangan juga berlaku akibat faktor ekonomi. 

Sesebuah negara telah berebut dengan negara lain supaya 

berjaya dapat menguasai ekonomi yang terbesar. Mereka 

juga ingin memperluaskan pasaran ekonomi mereka di 

negara lain dan ini telah mengakibatkan peperangan 

berlaku. Di samping itu, mereka juga ingin melindungi 

ekonomi mereka sendiri.Kesimpulannya, peperangan adalah

 satu peristiwa yang akan mengaitkan semua negara di 

seluruh dunia.

Rujukan:

https://russlanssvs.wordpress.com/2012/04/26/huraikan-sebab-sebab-yang-membawa-kepada-berlakunya-peperangan-dalam-tamadun-awal-manusia/

DEFINISI PEPERANGAN

Peperangan. Apakah yang dapat anda semua faham tentang peperangan? Ya, peperangan merupakan konflik yang berlaku antara dua negara dalam tempoh yang panjang. Peranagan dalam Bahasa Inggeris juga dikenali sebagai 'war'. Apabila semua orang terutamanya warga tua terdengar tentang perkataan peperangan ini, mereka akan berasa takut kerana kebanyakan dalam kalangan mereka telah mengalami Perang Dunia ke-2. Apabila peperangan berlaku, ia telah merangkumi pergaduhan yang memerlukan barang-barang bersenjata yang amat berbahaya. Mengikut kajian, perang yang paling dahsyat yang telah berlaku sehingga hari ini adalah Perang Dunia ke-2 kerana perang tersebut telah mengakibatkan banyak orang yang tidak berdosa terkorban. Oleh itu, kita haruslah sentiasa bersatu-padu supaya titik hitam ini tidak berlaku lagi kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua kali.



Rujukan:


https://ms.wikipedia.org/wiki/Peperangan

Tuesday 21 July 2015